PERTANDINGAN INOVASI TVET KEBANGSAAN 2025

  1. Terbuka kepada semua pensyarah TVET dari Politeknik ,Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) diseluruh Malaysia.
  2. Setiap penyertaan TIDAK boleh melebihi TIGA (3) orang peserta.
  3. Setiap penyertaan perlu menghantar maklumat penyertaan dengan mengisi maklumat yang diperlukan semasa proses pendaftaran online dan menghantar abstrak dan poster mengikut format yang disediakan.
  4. Setiap penyertaan perlu meneliti dalam memilih kod kategori penyertaan berdasarkan maklumat di menu kategori penyertaan kerana ia TIDAK BOLEH DIPINDA.
  5. Peserta yang berjaya disaring akan dimaklumkan di laman web rasmi www.perisa.org bermula 7 Julai – 13 Julai 2025. Surat kelayakan akan diedarkan kepada peserta yang Berjaya.
  6. Bayaran penyertaan sebanyak RM200 bagi setiap penyertaan hendaklah dibayar pada atau sebelum 10 Ogos 2025.
  7. Setiap penyertaan akan diberikan SATU (1) Sijil Peryertaan (satu peserta satu sijil peryertaan), SATU (1) Sijil Penyertaan (Kumpulan) dan SATU (1) Sijil Pingat (Berkumpulan) serta  Plak (Jika berkenaan)
  8. Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran Online
  9. Bayaran akan dikenakan sekiranya memerlukan sijil dan plak tambahan.
  10. Peserta yang berjaya TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN nama ahli kumpulan , tajuk dan kategori pertandingan.
  11. Keputusan JURI pertandingan adalah MUKTAMAD.

Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan PERISA 2025